Wednesday, July 15, 2009

PAS Pilihan Manek Urai


Salam perpaduan dari Tok Wan untuk semua. Ai..penat betul Wan hari ni, mana taknya, ke sana kemari untuk menghabiskan kerja dan tugasan Wan. Sekarang ni pun banyak lagi kerja Wan yang berlogok menunggu untuk disiapkan. Ish...sibuk mengalahkan Wakil Rakyat pulak. Tapi Wan rasa baik Wan berehat sekejap, jadi Wan pun sambung la dengan menulis kat blog Wan ni.Apa cerita Tok Wan hari ni?

Rasanya ramai yang dah tahu keputusan Pilihan Raya Kecil Manek Urai, yang telahpun dimenangi oleh calon parti PAS, Muhammad Fauzi Abdullah. Kemenangan yang boleh dikatakan tidaklah begitu selesa bagi PAS namun, rakyat sudah membuat pilihan. PAS masih diperlukan di Manek Urai. Wan bukanlah terlalu ambil kisah siapa yang menang dan siapa yang kalah. Tapi apa yang wan kisahkan adalah macam mana wakil yang dipilih dan dilantik sendiri oleh rakyat ini akan menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat di Manek Urai. Beliau haruslah membawa perubahan dan memimpin rakyat ke arah yang lebih baik dan seterusnya menjadikan Manek Urai sebuahkawasan yang berdaya saing dan mempunyai penduduk yang produktif dan berketerampilan. Ini yang Wan sangat ambil berat.


Wan tak mahu, bila dah menang segala menifesto yang telah ditaburkan terhadap rakyat di Mnek Urai hanya tinggal janji semata. Bukan tak pernah berlaku perkara macam ni, memang banyak berlaku. Tapi sebaiknya wakil rakyat yang dah dipilih ini harus dengan sedaya upaya mencuba untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat bagi tidak mengkhianati kepercayaan yand dah diberikan. Tak gitu? Wan ni bukannya apa, Wan takut bila dah jadi pemimpin dah tak ingat lagi kepada rakyat yang menyokong. Jangan la masa kempen saja menjadi pemimpin berjiwa rakyat, tapi sepanjang masa perlu cuba mendekati rakyat, memahami apa keperluan, apa keluhan dan apa pendapat dari orang yang dipimpin. Ini barulah pemimpin yang sebenar.


Jadi Wan harapkan, semoga calon yang terpilih, Muhammad Fauzi akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan akan membawa perubahan positif kepada Manek Urai. Dan untuk calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat yang tidak berjaya, tidak bermakna dia tidak ada tanggungjawab untuk membawa transformasi kepada Manek Urai, sebaliknya dia juga turut sama dapat menyumbangkan idea yang bernas dan baik untuk rakyat. Kalau dia betul-betul ikhlas berjuang untuk rakyat, walaupun bukan sebagai Wakil Rakyat dia masih boleh menyumbang untuk masayarakat. Itu pendapat Wan la. Jadi, Tahniah!! Kepada Wakil Rakyat Manek Urai, Muhammad Fauzi. Wan mintak diri..


6 comments:

Abg Din said...

tok wan masih keja lagi? bukan ke dah pencen? hehehe... Tok Wan kalau nak cerita pasal wakil rakyat punya hal, tok wan cuba baca blog di bawah ne... nanti ulas kat saya lak.....

http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/

Tok Wan said...

Ye la Abg Din...mmg la dah pencen, tapi Tok Wan pun kena makan jugak.. kena keja la. Ye le... cakap pasal wakil rakyat ni, isu yang bagus jugak.. terima kasih Tok wan ucapkan pada abg din..

Eriyza said...

Wah, hebat Tokwan bebicara
ttg politikus Mesia. :)

Tok Wan said...

Tok Wan takda la pandai sangat hal2 politik ni..
Tapi sebagai rakyat Tok Wan ambil tahu la jugak.
Haha...

mohdisa said...

aku tak kisah sgt siapa yang menang, jji yang dah menang tu tahu tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. jji tetap jji.

Tok Wan said...

mohdisa, kita kena ambil kisah siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kita tak nak orang yang menag tu...orang yang takleh buat kerja. Macam yang mohdisa cakap, tanggungjawab perlu dilaksanakan...maknanya mohdisa kisah la tu....

Blog Widget by LinkWithin

About This Blog

Isu-isu Semasa
Perkongsian Pendapat
Pengalaman Hidup
Realiti Masyarakat
Karenah Politik
Pendidikan
Adat Dan Budaya
Bahan Bacaan
Masalah Agama
Cinta Dan Kasih Sayang

Lidah Tok Wan

"Ilmu tanpa amal dan perkongsian, ibarat si kaya dalam penjara. Hanya sia-sia...."

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP